Quantcast
Channel: gambar seksi nora danish – BeautifulNara
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Kontroversi Selebriti Tampil Seksi Untuk Majalah, Nora Danish Kongsi Pengalaman

0
0

Satu ketika dahulu, sebelum Diana Danielle dan Sharifah Sakinah tampil dengan imej seksi di dalam majalah, Nora Danish pernah menggemparkan dunia hiburan tanah air dengan aksi menggelegaknya untuk sebuah majalah sekitar tahun 2012. Memang gaya seksinya ketika itu menjadi perbualan hangat dan Nora Danish sendiri mengakui yang gambar tersebut melampau serta tidak bersesuaian dengan status dirinya sebagai seorang ibu.

nora danish seksi

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada kisah di sebaliknya. Setelah sekian lama, Nora Danish tampil untuk bercerita tentang apa sebenarnya yang terjadi. Rupanya Nora Danish diberikan janji palsu oleh pihak majalah tersebut. Kata Nora Danish:-

Saya jenis yang tidak pandai membantah dan itu juga cara saya hormat pengarah saya. Sama juga jika saya menjalani penggambaran sesi fotografi misalnya untuk menjadi penghias kulit majalah. Saya juga tidak mahu mengecewakan pihak majalah itu.

Jadi semasa penggambaran apabila pihak berkenaan meminta kita pakai baju yang mereka sediakan, sewaktu itu memang saya ada beritahu yang saya tidak pakai baju sebegitu.

Namun, mereka minta juga saya pakai. Bila saya pakai, sebagai contoh nampak pula perut, tapi mereka suruh tarik sikit baju itu dan menutupi perut saya. Hasilnya baju itu nampak tidak cantik pula.

Insiden saya dikecam dulu, sebenarnya pihak berkenaan beritahu yang mereka akan membuat suntingan pada gambar tersebut tetapi rupa-rupanya mereka beri janji palsu pada saya dan ketika itu saya rasa teraniaya.

Sikit sebanyak sebenarnya saya juga faham apa yang dirasai oleh rakan artis saya yang baru-baru ini dikaitkan dengan insiden yang seperti mana pernah saya lalui

Belajar daripada kesilapannya, Nora Danish kini lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan janji manis mana-mana pihak yang mahu membuat penggambaran majalah dengannya. Kata Nora lagi:-

Sekarang ini saya jadi lebih lagi berhati-hati. Jika ada pihak yang mahu jadikan saya penghias muka depan, saya akan pastikan betul-betul dulu baju yang bagaimana dan penampilan yang mereka mahu saya lakukan.

Saya sedar yang saya ini bukanlah seorang yang sempurna jadi rasanya tidak layak untuk berikan apa-apa tips atau nasihat. Selagi kita ini bergelar artis apa saja yang kita buat akan jadi perhatian orang tidak kira baik atau buruk.

Cuma bagi saya, kita ikut kata hati, maksudnya jika kita rasa tidak selesa melakukan sesuatu itu seperti yang diminta, kita beritahu yang kita tidak selesa dan janganlah terlalu menurutkan kehendak orang lain

nora danish seksi

Inilah asam garam kehidupan seorang selebriti. Dipergunakan itu perkara biasa. Nak tak nak diri sendiri kena menjadi tegas untuk menjaga harga serta maruah diri. Tak ada orang lain nak tolong kita selain diri kita sendiri. Memang ia bukanlah satu perkara mudah kerana selebriti juga perlukan publisiti. Namun haruslah lebih berhati-hati terutamanya jika anda seorang selebriti wanita kerana kemungkinan dieksploitasi itu memang tinggi. Sumber MalaysianDigest.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Latest Images

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Sarapan Menu Slovenia

Makan Kus-Kus di Hotel Bela Krajina

Makan Kus-Kus di Hotel Bela Krajina

Makan Kus-Kus di Hotel Bela Krajina

Makan Kus-Kus di Hotel Bela Krajina

Makan Kus-Kus di Hotel Bela Krajina

Makan Kus-Kus di Hotel Bela Krajina

City Tour di Bandar Zagreb

City Tour di Bandar Zagreb

City Tour di Bandar Zagreb

City Tour di Bandar Zagreb